Friday, April 16, 2010

ReNuNgAn...


Aku insan lemah…
Yang sering lelah dalam nafasku sendiri Yang sering terhambat oleh batasnya waktu dinihari Yang sering tersungkur dalam ranjau berduri Yang sering rebah tak terdaya bangun berdiri yang sering sesat dalam hembusan kabus tak bertepi yang masih tercari-cari.. hidayahMu ya Ilahi
Aku insan lemah… Ingin aku mengadu padaMu,Ya Allah Dengarkanlah rintihan lemahku ini Sujudku menghambakan diri dalam sunyi Dalam heningnya suasana malam Dalam dinginnya embun pagi Agar diaminkan oleh jutaan malaikat Agar segala pintaku Engkau berkat
“Ya Allah,berikan daku ketenangan hati Sepertimana yang aku harapkan Sepertimana yang Engkau janjikan” Kerana aku insan lemah…

Tuesday, April 6, 2010

kepada siapa kita perlu bergantung harap....

BERGANTUNG TANPA KECEWA bergantung harap... kepada yang pasti, atau kepada yang tidak pasti? Ada waktu, saya sedih. Saya bukanlah seorang yang kuat setiap masa. Tetapi saya adalah seorang yang akan berlakon kuat sepanjang masa. Saya sentiasa berjaga-jaga, agar sesiapa pun tidak akan menyangka yang saya sedang kelemahan. Saat-saat saya sedih, maka saya akan mencari tempat bergantung. Dahulu, saya pernah meletakkan tempat bergantung saya kepada ibu bapa. Tetapi sampai satu jangka masa, ibu bapa saya tidak berapa hendak mendengar aduan saya. Kemudian, saya bertemu dengan beberapa orang guru yang mengambil berat. Tetapi, sampai juga satu masa, mereka tidak dapat mendengar aduan saya. Tidak lama kemudian, saya sandarkan kebergantungan saya kepada sahabat. Mengikut pemikiran naif saya, sahabat akan bersama kita susah atau senang. Tetapi tidak juga. Sebaik-baik sahabat yang saya jumpa, belum lagi rasanya ada yang dapat menyahut saya setiap masa. Akhirnya, saya tiada tempat untuk mengadu bila bersedih. Saya sentiasa rasa tiada sesiapa yang faham, tiada sesiapa yang boleh membantu, tiada siapa yang boleh saya gantungkan harap saya kepada dia. Benar-benar tersudut di satu sudut yang sempit. Ah… Kepada siapakah yang sepatutnya saya bergantung harap dan serahkan segala kepercayaan saya kepadanya? Saya tercari-cari jawapan kepada soalan ini suatu masa dahulu. Saya fikir, ramai manusia yang berfikiran seperti saya. Bila kelemahan, mencari tempat untuk bersandar, tetapi tidak berjumpa. Akhirnya, hanya gundah, resah, sugul, tekanan, semua itu menghimpit jiwa. Hidup jadi tidak keruan dan terumbang ambing. ALLAH… Itulah jawapan yang saya jumpa. Hal ini kerana, setelah saya fikir panjang dan secara mendalam, tiada tempat yang boleh saya sandarkan secara benar, penuh keyakinan, tanpa keraguan, selain ALLAH SWT. ALLAH SWT berfirman, “ Demikianlan( kebesaran ALLAH), DIAlah yang hak, dan apa sahaja yang mereka seru selain DIA, maka itulah kebatilan, dan sesungguhnya ALLAH itu Maha Tinggi lagi Maha Besar” Surah Al-Hajj ayat 62. Sebagai manusia yang saban waktu akan diuji dengan pelbagai cubaan, dugaan, cabaran dan masalah, maka tempat bergantung yang ampuh amat diperlukan bagi menjamin penerusan kerja di samping kekuatan yang meluap-luap. Justeru, kita perlu bergantung kepada yang tidak akan lemah, kita perlu bersandar kepada yang tidak akan bengkok, kita perlu percaya kepada yang tidak akan menipu dan meninggalkan kita. Kekuatan, yang menyahkan kita dari kelemahan, hanya akan datang dari aslinya kekuatan. Kekuatan yang asli hanyalah kekuatan ALLAH SWT sebagai PENCIPTA kekuatan. Segala kekuatan di dunia ini, yang ada pada gunung, yang ada pada manusia, yang ada pada haiwan, dan segala makhluk di alam ini, hanyalah percikan kecil kekuatanNya. Kepada DIAlah sepatutnya kita menggantungkan harapan kita. “ ALLAH yang menciptakan kamu, kemudian memberikanmu rezeki, lalu mematikan kamu, kemudian menghidupkanmu semula, adakah antara mereka yang kamu sekutukan dengan ALLAH itu dapat berbuat sesuatu sedemikian itu(sebagaimana yang ALLAH lakukan)? Maha Suci DIA dan Maha Tinggi dari apa yang mereka persekutukan” Ar-Rum ayat 40. Malah, ALLAH SWT tidak akan lemah dengan masalah, tidak akan luput dengan waktu, tidak akan sugul dengan ujian. DIA adalah PENCIPTA kepada semua perkara, dan DIA tidak terganggu dengan apa perkara sekalipun. Tiadalah wujud padaNya masalah. Malah, masalah itu pun wujud adalah kerana DIA mahu mewujudkannya. Jika ALLAH katakan pada masalah itu supaya menghilang, maka masalah itu akan menghilang. Jadi, ALLAH sememangnya satu-satunya tempat yang layak untuk kita pinta kekuatan. DIA sahaja tempat pergantungan kita yang ampuh. DIA yang menguasai masalah, dan menurunkan masalah itu untuk menguji hamba-hambaNya. Jika kita mahu kuat, mahu bangkit dari kelemahan, maka TUAN kepada kekuatan, TUAN kepada kelemahan, dan TUAN kepada masalah inilah yang patut kita cari. “ Sesungguhnya ALLAH, DIAlah Pemberi Rezeki yang mempunyai kekuatan lagi sangat kukuh”Surah Adz-Dzariyat ayat 58. Bila kita kelemahan, kita akan suka mengadu. Bila kita mengadu, maka kita suka agar aduan kita itu terjawab. Saya amat arif akan rasa sakit hati bila kita mengadu, tetapi aduan kita tidak terjawab. Saya sudah banyak kali mengadu dan meminta belas kepada manusia. Dan banyak kali saya dikecewakan dengan penerimaan mereka. Tetapi ALLAH SWT, DIA tidak lengah. Bila kita mengadu kepadaNya, secara tidak langsung kita akan terasa tenang dan lapang. “ dan milik ALLAH meliputi segala rahsia langit dan bumi dan kepadaNya juga segala urusan dikembalikan, maka sembahlah DIA dan bertawakkalah kepadaNya. Dan RABB kamu tidak akan lengah terhadap apa yang kamu kerjakan” Surah Hud 123. DIA amat sayangkan hamba-hambaNya yang meminta. Sehingga DIA sendiri menawarkan kepada kita untuk meminta. “ Dan RABB kamu berkata, berdoalah kepadaKu, nescaya akan Kuperkenankan” Al-Mu’minuun Ayat 60. DIA jugalah yang meyakinkan kepada kita bahawa, DIA sentiasa dekat dengan kita. “Dan apabila hambaKu bertanya kepadamu(wahai Muhammad) berkenaan AKU, sesungguhnya AKU adalah amat dekat…” Al-Baqarah ayat 186. Maka, bukankah ALLAH tempat paling sesuai kita bergantung harap? Tempat paling sesuai untuk kita mengadu segala masalah? DIA adalah yang paling memberikan perhatian, DIAlah yang akan mendengar tanpa jemu, DIAlah PEMILIK ketenangan, DIAlah PEMILIK kesusahan. DIAlah segala-galanya. Bergantung kepadaNya, adalah satu pergantungan tanpa kecewa. Anda tidak percaya? Apakata anda cuba dahulu… Rendahkanlah diri kepada RABB kita ini.. Ya... RABB kita.. bukan RABB orang lain. Semoga ALLAH redha, dan memberikan kekuatan kepada kita semua! Mari Menjadi HAMBA!

Friday, April 2, 2010

minggu yang best... tp ada jgak x best...

minggu ni minggu yg pnjg.... byk kisah.. da suka da duka... tu yg  best tu...
tp alhamdullillah telah brjaya aku lalui minggu yg sukar... thanx ats khdrn nurul n syikin...huhuhu

tp minggu aku byk mengutuk org skit.. ngutuk org yg trdkt dgn aku...(u who i mean)
ngutuk lectrr pun da gak.. fina tlg sedar skit ya.. hg tu nk exam k, x bek ngtuk org yg bg ilmu kat kita...
i'm sorry mama zack n en is...sbb byk kutuk puan n en brdua...hhehehe

yg best nya, tanggal 2 april 2010 ktrg tlh brjaya menyambut birthday mira...hehe happy birthday mira.. may ALLAH bless u alwayz...thnx to shikin keats teh o yg sedap... tp  berapa nk laku sbb da persaingan dari air sirap...hahahaha thanx to maggi yg sedap..hehe x pnh smbut birthday mkn maggi... new experience..hehe

harap minggu yg akan datg menjdi minggu yg lbh bek... harap aku dpt memperbaiki mood aku... n xda org yg merosakkan mood aku utk stdy ya...insyaallah.. amin... harap aku xda trkutuk lctrr lg...huhu xmo2!!! nk insaf dh.. t ilmu x berkat...huhuhu

CHAIYOK!!! CHAIYOK!! SAHABAT KU SEMUA.... SELAMAT MENEMPUHI FINAL EXAM...
AJA AJA FIGHTING!!!!